Wednesday, May 27, 2009

Keluarga Haji Ahmad

Gambar keluarga ni diambil semasa Hari Raya tahun lepas.. ramai juga tu tapi tak semua yang ada... Harap hari raya tahun ni kita ambil gambar ramai-ramai.. boleh masuk dalam blog ni...

Lawatan ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat






Kak Yam ni jenis orang yang suka berjalan... baru-baru ni kami p ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Idonesia... Seronok melawat kat sana.. di sana, pelancong dilayan dengan baik.. pelancong depa panggil "parawisata"... Banyak tempat menarik yang kami lawati..Kat sini, udaranya agak sejuk, macam duduk kat Cameroon Highlands... Kita dapat tengok budaya masyarakat Minang( Serupa ngan orang Minang kat Negori Sembilan)... Kita sama-sama lihat gambar yang sempat kami rakamkan ni.....



Gambar ni pula, adalah sebahagian dari gambar kami di Lobang Jepang... Kubu Bawah Tanah yang terdapat di Bukit Tinggi ni... Macam terowong bawah Tanah yang amat dalam dan panjang..duduk kat dalam tu sejuk aja macam ada air cond aja...

Masyarakat Minangkabau kat Bukit Tinggi ni 90%nya beragama Islam... Soal makanan di sini tak jadi masalah... makanannya sedap-sedap... masakan padang la katakan... tentang harganya, amatlah murah... lain kali kalau ada kesempatan bolehlah kita kaum kerabat Haji Ahmad buat lawatan ke Padang dan bukit Tinggi ya.....

Tuesday, May 26, 2009

Lagi Gambar-gambar Di Tanah Suci






Gambaq ni kami ambik masa kat Tanah Suci, gambaq abang Dun di depan Masjid Nabawi, Bergambar ngan Ustaz Abdul Halim al-Hafiz, Imam Besar Masjid Wilayah dan gambaq kak yam ngan kawan, seorang pensyarah di USM, Peang.

Melawat ke Karachi Pakistan


Masa melawat Karachi .. tengoklah bas yang bawa penumpang kat sana tu..penuh, macam sardin...sampai ada yang duduk kat tangga di belakang bas... tapi bas mereka dihias lawa.

Cerita Umrah ke Tanah Suci



Ni gambaq Kak Yam & Bang Dun dalam pesawat PIA menuju ke Tanah suci Mekah.

Monday, May 25, 2009

Salam Perkenalan Buat Semua

Mula-mula sekali, selamat berjumpa kak yam hulurkan buat adik-adik semua.... kak yam baru nak try tulis dalam blog ni... nak berkongsi idea ngan adik-adik semua yang lebih advance lagi... kak yam ni baru nak belajar.. harap boleh tolong ajarkan.....